30 April, 2009

Ape peristiwa yang paling tak boleh dilupakan ketika anda berstatus pelajar DDM??

Salam kawan-kawan DDM98,

Haaaa........ ni tajuk best. Komen sebanyak mane yang anda suka mengenai peristiwa@pengalaman@kenangan manis / pahit / masin / masam / kelat.... ketika anda berstatus pelajar DDM??

Selamat berkomen.....

Maria, Janda Yang Dahaga...

"Nama yang terdapat di dalam cerita ini adalah samaran semata-mata dan sebenarnya merupakan ... tiada kaitan dengan siapa-siapa yang masih hidup maupun yang telah tiada" ...


Maria, Janda Yang Dahaga...

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami. Maria seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh pemuda-pemuda kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Maria tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya. walaupun hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa! Sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.. beliau terbangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus....beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur, sampai saja didapur, beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk, beliau tuang kedalam cawan dan meminumya. Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali ke dalam bilik dan tidur semula....

Sekian... Terima Kasih. Itulah kisah seorang janda yang dahaga.....




Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer…… heheheheheheheheeee



(Cerita di atas dipetik daripada email HELMI Pung**k)

28 April, 2009

Info terkini dari rakan-rakan di malaysia (email dr Along pd 3 April 2009)

Untuk Kawan-kawan, ini msg dari Sehh...

Along, aku shahid. Ape citer?? anak dh berapa?? nanti koo sampaikan salam pd zul. Aku sms no hset lama tapi x dpt. Aku skang di australia. 3 tahun kat sini. Raya aku balik. No hset aku kat msia 019999**** tp aku x on kalau ada sini. Nak sms aku pakai no yg aku sms nie. Kim salam zul,bal,haris, sinyu dan semua lah yg ada kat jb tu. Suruh zul email aku... mrabdshahid@yahoo.com

Send from Shahid @ Sehh : +6**********


Along....

yeahhh sehh... ingat lagi ko kat aku. Setakat ni aku alhamdullilah sihat cuma ada sikit problem pada tongsel nak kene operate... Yang lain2 tu ok setakat ni. Anak dah dapat sorg baby gurl bernama Aira Shafiya binti Mohamad Razwi (dah berbinti2 ni kira jadi bapak la skrg...) dan skrg dah berumur setahun 2 bulan. Buat masa ni atas nasihat dr aku kene jarakkan kelahiran utk second baby 2 tahun pasal org rumah aku melahirkan anak melalui pembedahan. Skrg sehh aku dah x duduk JB, byk dah berubah sejak dah berkeluarga dan berzuriat ni, aku dah pindah ke Destini Port Klang (kira DMS la cuma dah tukar nama baru)sejak bulan Ogos tahun 2008. Org umah keje di Gombak so skrg aku duduk di selayang berulang ke klang. Aku masih sama cam dulu.. kepala botak licin dan badan ada isi sikit huhuhuuh... ko apa citer??? bini dah berapa??? (opsss!!!) anak dah berapa??? ni sikit sebanyak info pasal aku.. klau ko nak senang contact guna YM je... aku ym sepanjang waktu pejabat... guna id email yahoo tu.... ok sehh aku fowardkan email ni pada semua yg terlibat untuk berhubung dan share kat ko sedikit sebanyak info tentang kawan2 yg aku tahu... rajin2 email or msg supaya x terputus hubungan... blk msia contact la x pun adakan gathering utk semua... ko terer bab2 anjur menganjur ni.... klau ada no kontek member2 lain fowardkan la... setakat yg aku ada aku bagi kat ko.... ok sehhh cauchichuuuu....


Haris....

Haris masih di Destini Johor Bahru... still cam dulu... ala2 jantan macho gitu.. muahahaha (relex riss aku buat provokasi sikit kat ko...pasal awek ko keliling pinggang... huhuhu) Haris masih belum berumah tangga ( tapi dia dah plan cam x lama lagi jea nak kawin... makan nasi minyak la kita kat kuala selangor nanti.. insyaallah...) tu haris punye cite... lebih2 ko contek la dia... Hp : 019 7775309


Zul...

Zul yg aku memang tau (pasal baru lepas call dan sebelum ni pun penah duduk serumah dan lepas pindah pun selalu gak la jumpa kat klang) dia memang dah duduk Klang.. dia dah keje dgn NGV pasal mungkin owner ngv ni sama dgn nama dia kot.. zul jugak... dia sehh dah duduk kat putrajaya dan dah ada baby gurl sorg yg lahir lewat tahun 2008... tu zul punye cite... lebih2 ko kontek la dia... HP : 013 6093980


Bal...

Bal yg satu ketika dulu otai di kilang Venture johor bahru dan bertukar profile ke tahap kepala kongsi gelap kat Bukit Tinggi Pahang di kilang Electric Solar (dgn bentuk badan yg sasa dan rupa paras yg menakutkan.. eeee kira memang ganas la bal ni... huhuhuhu) Bal dgn haris masih satu company yg belum berumah tangga (malas nak tanya bal bila nak kawin.. tggu kad jea...) so skrg mamat nie (merujuk kepada bal) duduk di gombak... tu sikit sebanyak cite pasal bal.. lebih2 ko kontek la dia... HP : 014 3111801


Sinyu...

Sinyu pun dah x duduk jb ( dah lama beb dia pindah kluang...) Dia skrg memonopoli sebuah kilang chemical di kluang... kira level otai la kat kilang tu...sinyu dah berumah tangga dan dah ada baby gurl yg berumur setahun..( apsal sume anak pompuan nie... cam ne nak jadi besan...) Sinyu still dgn imej low profile dia dan mungkin melancarkan album solo ke-6 yang berjudul Aku Hanya Sekeping Hati... (ehh bila pulak sinyu jadi artis ni??? dah tu main lagu jiwang2 lak...... utk kepastian ko tanya la dia sendiri sehh...) huhuhuuh tu sedikit sebanyak pasal sinyu.. ko kontek la dia punye HP : 019 7252246


Bota...

Bota atau nama sebenar beliau Helmi atau nama manja MIE CUTE.. waklu cute.. huhuhuh
relax bota hang jgn marah.. hang baru jadi bapak smlm 02/04/2009... wahhh bota merupakan sorg sahabat kita yg dapat anak putera dan bukan puteri.. anak bota bernama Ilman hafiy yg dilahirkan di hospital pulau pinang...(dia baru je msg.. rasanya semua org dapat kot msg tu..) apa2 pun tahniah bote.. anak ko junior anak ktrog... (kira boleh buat mangsa ragging nanti..) Bota skrg jadi org kuat jabatan laut penang... kira org kerajaan gitu... apa2 seh pasal bota ko kontek la dia... klau dia email, ko cc kat ktorg pasal bota memang tggu masa je nak kutuk aku tu... No HP : 019 4629838

ok sehh.. aku x mo cite lebih kang kata promosi dan mengumpat kawan2 muahahaha.... ko kontek la dorg dan cc kat aku bleh la aku tau korang ngumpat aku ke x.... budak2 lain cam Inspector (sahab) choi masih kat sabah HP 013 9812494 ... Johar 012 2... ... botak @ Mustafa Afifi HP 012 2819431 .... Salimi navy 019... .... zamani 019 2737441 .... setakat yg aku ada dan yg lain byk dah terputus hubungan... klau ko ada no contek tu ko pas la kat ktorng.. tu la sedikit sebanyak corat coret pasal ktorg.. mana fakta yg salah tu korang betulkan sendiri... utk email id sehh, ko cek la kat coluum cc tu... ok semua bye...

Dari Meja Pengarang...


Along....


(Nota drp Seh : Nombor handphone yang disiarkan dalam email along di atas adalah nombor handphone yang bukan yang terkini. Senarai nombor telefon yang diemailkan kepada kawan-kawan adalah yang terkini.)

27 April, 2009

Takziah buat ZUL sekeluarga... Al-Fatihah

Berikut adalah email daripada rakan kita si ZULLATHFI :


Rakan-rakan,

Pada 22 4 2009 yang lepas abang saya telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya..jasa baik rakan-rakan memohon sedekahkan bacaan alfatihah kepada allahyarham Zuikhairee bin Azahari. Pemergiannya adalah satu kehilangan yang amat besar pada saya yang telah banyak bekorban untuk kehidupan saya hari ini. Al-Fatihah..

Zullathfi Azahari






Selamat Pengantin Baru Helmi Pu****k



Salam kawan-kawan,

Aku baru dapat email dari kawan kita si HELMI dan dia mengharap sangat aku letak gambar kawin dia. Katanya dia nikah 22 Februari 2009 lalu dengan pasangannya yang juga 'office mate' dia (sumber daripada ZAKI) yang berasal dari Muadzam Shah, Pahang.

Ape pun, Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal hingga akhir hayat serta mendapat zuriat yang soleh & solehah... Amin.


24 April, 2009

Trip Mengusha Awek di Kota Tinggi






Ngadiso in da House...

At Evening in FKM & Marine Lab






Kenangan Lalu Yang Diungkit-ungkit...





Lawatan kerja ke tempat-tempat bersejarah di JB (time ni masih belajar di UTMKL)












Siri lawatan kerja ke Pulau Pinang dan Melaka


Zamani punya kisah...



Assalamualaikum semuo geng2 ddm98,

den sekarang ni dok Port Dickson, NS. anak baru satu ( 1 tahun 4 bulan), bini pon 1. den kawen taun 2005. Seh+gf dio (la ni dah jadi bini dio), zullathfi, fuad & rostafar + sorang awek tu (tak tau awek sapo) ado datang majlis den kek kota tinggi... tq bro... (ado gambo sebagai bukti)... hehe...
den kojo kek pejabat Laut PD jago kapal2 yang lalu lalang kek solat melako nih. so, kojo den ni ado gak la kaitan dongan morine.



sobolum den kojo kek PD nih, den kojo kek Labuan. ado la dokek 7 taun den kek sano. kiro obersea jugak la... naik kapal terobang jugak la poi sano.. ehehe...

ado jugak la dek kontek waghih2 ddm98 nih mcm bote, irfan, mamag, coi, matpex, emm.. sapo lai ek.. raso tu jo yg selalu kotek n berbalah-balah email.

so, sapo2 ado masalah dongan kapal yg lalu lalang kek solat melako nih, buleh la kontek den untuk bantu2 mano yang patut. datang PD jgn lupo carik den yo...


wassalam.

zamani

Kemalangan

Ramai yang suka meniarap atas jalan raya oleh sebab-sebab tertentu... samada sengaja atau tak sengaja....

Fuad = Jalan Skudai-JB
Wawa & Tapa = Losong

Lagi??.....

Cikgu Kita

Jom senarai balik subjek dan nama-nama cikgu kita....

Statik = Zainuddin
Asas Komputer = Nor Naha
Dinamik (KL) = Marzuki (kesukaan ramai)
Dinamik (JB) = Shukor (duster menjadi senjata)
Termodinamik = Norhashimah
Lukisan Kejuruteraan Kapal = DROY (Dr.Omar) & Yahya Samian
Rintangan Kapal = Fuaad (PA yang prihatin)
Getaran Kapal = Razak (subjek confirm lulus sbb toyol bersepah dan bergelimpangan)
Ilmu xxx = Dr. Saman??

Lagi???...............

Perkataan dan Tuan

Dulu mesti ade trademark perkataan yang menjadi buah mulut individu....

Ingat tak??

Antaokhla koida = AKHBAL

Lagi??.............................

Zaki, isteri & anak dia orang lah....


Salam kawan-kawan DDM98,

Semalam aku dapat 2 email dari ZAKIYAMANI.... dia bagi gambar beb. Ko orang tengok lah... Gambar kat bawah ni gambar anak sulung ZAKIYAMANI... teka mirip siapa?? mirip BAL?? mirip ALONG?? hehehehe




23 April, 2009

Borang Database DDM98

Salam buat kawan-kawan DDM98 sekalian,

Sekarang, aku dah buat satu ONLINE FORM yang lengkap untuk semua kawan-kawan isi. Mohon isi dengan lengkap dan maklumat yang telah lengkap nanti aku akan postkan dalam blog ni dan akan diemailkan kepada semua nanti.

Terima kasih.


Sila click link kat bawah ni untuk isi borang :

http://www.snadiventure.com/ddm98/ddm98databaseform.htm

Seh, isteri & anak...

Salam buat kawan-kawan DDM98 sekalian,

Memang seronok citer bab orang lain.... :)
Ni aku postkan gambar aku, isteri aku dan anak sulung aku... Nama anak aku Aishya Nabila. Kalau nak tengok gambar lagi dekat, ade aku letak link kat tepi kanan nie fotopages anak aku.

Nak tau citer pasal aku??

Aku skang tak keje... dulu keje laa kat SUK Terengganu jadi Pegawai Penyelidik jawatan kontrak (takde kaitan marine langsung) start lapor diri April 2006 dan tamat kontrak aku pada Mac 2008 lepas. Tu keje 1st aku lepas aku abis degree. Aku tak sambung kontrak sebab wife aku jadi lecturer kat Universiti Malaysia Pahang - UMP dan tengah apply nak buat PHD di Australia dan masa tu pulak wife aku tinggal seorang diri dah sarat nak keluar dah si Aishya. Jadi, aku berentilah dan berhijrah ke Permatang Badak, Kuantan untuk beberapa bulan...

Anak aku lahir 29 Mei 2008 jadi aku balik ke Terengganu sbb wife aku beranak kat Terengganu. Tengah-tengah pantang tu, wife aku dapat pulak VISA nak sambung PHD dan aku bertolak ke Perth, Australia pada 14 Julai 2008 dengan wife dan baby aku dan aku bawak mak aku ke sini untuk 2 minggu. Masa tu umur anak aku 46hari. Pendek cerita, aku skang kat Perth, Australia dan wife aku dijangka tamat PHDnya Mei 2011. Aku pulak skang keje laa part time sebab siang hari aku mengasuh anak aku ni yang skang ni dah nak masuk 11 bulan. Kalau ade rezeki sambung juga aku Master kat sini...

Tu lah sedikit sebanyak cerita pasal aku....


Along, isteri & anak....


Salam buat kawan-kawan DDM98 sekalian,

Ni aku sebarkan gambar RAZWI (ALONG) yang paling cute sekali di abad ini. Kalau kawan-kawan ingat si RAZWI ni adalah bonzer budak DDM98, berparut di lengan ketika ambik selekoh kat Taman U. Buat RAZWI, Selamat Berusaha untuk cahayamata ke-2.

Kepada kawan-kawan yang dah kawen dan dah ade anak pinak, bolehlah email pada aku gambar kawen atau gambar bersama bini dan anak-anak kat email aku mrabdshahid@yahoo.com

Salam pembuka kata...

Salam buat kawan-kawan DDM98 sekalian,

Nama aku SHAHID dan org ramai panggil aku SEH. Aku pun tak tau kenapa orang panggil aku SEH. :) Aku dah lama sangat tak jumpa ramai kawan-kawan DDM98 nie... kalau FUAD, ROSTAFAR dan ZULLATHFI taklah lama sangat sbb satu batch dengan aku masa aku sambung Degree dulu... HAADI & SALAM pun ade jumpa kat UTM masa dia sambung degree. Tu pun agaknya dah bertahun-tahun tak jumpa. Yang paling latest aku jumpa FUAD laa sebab dia datang kenduri kawen aku... Pastu BAL dan HARIS ade datang masa aku konvo degree aku dan ZULLATHFI.... Yang lain, memang tak jumpa-jumpa dah

Aku sebenarnya nak ucap terima kasih banyak pada RAZWI sebab dia lah yang hantar email yang pertama cerita pasal kawan-kawan lama DDM98 siap ade gambar keluarga dia lagi....

Jadi aku pun terfikir laa nak kumpul balik semua maklumat budak-budak DDM98 nih. Jadi dengan adanya Internet (email) dan SMS nih, dapatlaa sedikit sebanyak kumpul email dan nombor handset kawan-kawan lama DDM98 nih dengan bantuan FUAD, HARIS, APEK, RAZWI, BOTA, ZAMANI dan beberapa kawan yang lain... Nanti aku post sedikit sebanyak email dan nombor handset yang dah dapat buat masa nie...