28 October, 2009

20 October, 2009

Facebook - DDM'98

Salam..............

Skang dah zaman orang berfacebook. Ape kata kalo kita aktifkan Facebook DDM98??? Facebook lagi senang laa nak letak gmbar, nak msg, nak komen gmbar, nak macam-macam lagi lahhhhhh....

Senang je nak join, ikut nie :

bukak web => http://www.facebook.com/home.php?#/group.php?gid=106587512178&ref=ts

Lepas tu click 'Sign Up' untuk bukak acc koo orang......... bagi yang dah ade acc. just join je group nie!!

KISAH BOTAK (MUSTAFA AFIFI)

Salam semua.
Lama aku tak post kat sini.
--
dalam 2 minggu lepas aku dapat call dari sorang yg aku kenal sangat suaranya. nombor tel mamat ni takde simpan dlm phonebook hp aku sebab dia dah tukar no baru.. (tak bagi tau plak tu)... ingat lagi BOTAK kat aku eh...
--
sebab dah lama tak jumpa, so soalan2 yg keluar suma yg standard. anak dah berapa, keje kat mana, bila kawen, bila nak jumpa dan macam2 lagi lah.
--
so soklan aku "bila hang nak kawen botak???"
Botak bujang lagik. katanya bulan 2 taun depan nak nikah... masih keje kat RTM lagi. sebenarnya dia kol aku pon sebab nak tya pasal dia dapat interview kat Jabatan Laut. ni kira mintak tip lah...
--
ok, sapa2 rindu ngan kejambuan botak, keseksian bulu-bulu (aset yg dia ada.. wakakaka) bleh hubungi sms/call/3G botak kat no ni:- 019-333 5004.
--
--
**buat red, bal & sinyu yg kol aku... terima kasih byk2. sekurang2nye korang igt jugak kat aku.. ehehehe..

07 October, 2009

apsal korang lemau

hello..hello...anybody home!!

15 July, 2009

BINCANG REUNION KAT SINI...

Assalamualaikum...
maaf kpd semua warga DDM. reunion ari tu tak dapat nak buat atas sebab hotel yang penuh & harga pon melampau-lampau. biasa la, cuti perayaan (hari raya aidilfitri).
walaubagaimanapon, aku akan buat arrangement baru utk program kita nih.
harap2 kali ni menjadik la...

10 July, 2009

RAHSIA HANDSET UNTUK KECEMASAN


Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
-
-
1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock) .
-
-
2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja.
-
Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.
-
Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
-
-
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.
-
Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# '. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.
-
-
4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.
-
Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.
-
Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
-
-
- info dari email seorang sahabat.

21 June, 2009

SELAMAT HARI BAPA

Diucapkan kepada semua yg dah jadi BAPA / ABAH / PAPA / DADDY.
Warga ddm98 yg belum lagi tu, cepat2 la ye...
**************
"KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA,
KASIH BAPA, BEKORBAN NYAWA"

15 June, 2009

Cadangan Tarikh Baru Reunion ddm98 pd 26 & 27 September 2009

Assalamualaikum...
Bg menghormati sahabat2 kita yang jauh di perantauan, tarikh baru yg dicadangkan adalah seperti yang di atas. Tarikh tu seminggu lepas raya...
So, semua warga ddm98 takde alasan utk tak hadir, kecuali yang cotinye tidak diluluskan atas alasan OPS SIKAP... ehehehe...
Bagi memudahkan aku nak uruskan program nih, kita buat kat PD aje lah..
Ambik lah peluang ini utk kita merapatkan semula silaturrahim serta mengungkit segala hutang piutang antara kita yang telah lama tersimpan di sanubari tuan2 semua...
__
zamani

11 June, 2009

Aku Mat Fan





salam seh...

nie aku irfan....
tlg update skit ttg diri aku kt bdk2 kite nie...
aku skrg bekerja & menetap di KL dan dh kawin pun pd 17/12/2007...
setakat nie kami berdua lg...honeymoon...tapi insyaallah dlm thn nie kalau ade rezeki nk jgk
menimang anak nie...so nie ade 1 gambar mase kawin yg aku dpt attatch kan utk tatapan kawan2...
Skrg aku keje mmg xde kene mengena langsung dgn kapal..aku ngan MAA Takaful since tahun 2005 sampai skrg...
Rezeki kt cni murah bg aku...since 2006 aku sj2 gatal g samb blajo kt SPACE UTMKL...ambik Degree Mechanical Eng....tpi xtaula bile nk abis...
Ttg reunion aku cadangkan buat kl UTMKL nie jer....ape susah kite sewa dewan besar je...bagi aku tpt tu yg terbaik since kite masing2 byk kenangan kt sane....

anyway itu serba sedikit yg sempat aku kongsi ngan korang...all the best to all DDM's....harap dapat jumpe semua kawan2 mase reunion nnt...

Best Regards,
Irfan Ahmad Asri

NOTIS : Survey 1st REUNION geng DDM98

Assalamualaikum,

Tuan,

Saya merujuk kepada rancangan nak buat 1st reunion ddm98 pada bulan Disember 2009 (Cuti Sekolah). So, saya perlukan maklumbalas dan kerjasama Tuan2 utk menjayakan program ini.

berikut adalah maklumat program yg dirancang.

Tarikh : 19 & 20 Dis. 2009 ATAU 26 & 27 DiS. 2009 (2 hari 1 malam);
Tempat : Port Dickson, Negeri Sembilan;
Anggaran Kos Hotel + Makan + Aktiviti : RM250;

Antara Aktiviti yang dirancang :
1) 5.00 ptg : Sesi Suai- kenal;
2) 8.00 mlm : Makan Malam;
3) 11.00 mlm : Memancing (Cadangan).
4) Lain-lain...

MINTA KERJASAMA TUAN2 UTK NYATAKAN PERSETUJUAN ATAU TIDAK BAGI MEMUDAHKAN UTK SAYA MENGURUS / MENGANGGAR KOS DAN LAIN2 KEPERLUAN.

sila email kepada saya di : mozamora03@yahoo.com

TQ atas kerjasama.

---
zamani

04 June, 2009

CADANGAN TARIKH & LOKASI REUNION PERTAMA DDM98


Assalamualaikum.

Sebagai langkah awal, saya nak mencadangkan untuk diadakan perjumpaan pertama warga ddm98 pada bulan Oktober 2009.

Semua warga ddm98 dipelawa untuk bagi cadangan tarikh & lokasi perjumpaan sebelum ianya dibincangkan dengan lebih teliti dan teratur. Sila beri cadangan anda di ruangan 'comments' di bawah post ini.

Kerjasama anda semua amatlah dihargai.

sekian, terima kasih.

--
zamani

01 June, 2009

Warkah Dari Botez (Shamsul Helmie b. Sapri)


Salam geng2 DDM

Lepas jugak rindu aku kat budak2 ni semua...maklumlah mcm2 kenangan sepanjang kita bersama.

Untuk makluman kawan2 aku skrg keja di Jabatan Laut Wilayah Utara P.Pinang... Bahagian Keselamatan Pelayaran ,so wilayah utara tu aku coverler Perak, Penang, Kedah & Perlis. Apa2 berkaitan marine rules leh le aku tolong xder hal asalkan bayor je consultant fees pada aku !!!!! mmmmmmmmm hehehehehe. Ada projek bisnes supply kapal roger.

Rumah aku kat Gelugor P.Pinang mailaaaaaaaa.... sebelumni aku dgn zam keje di Jabatan Laut W.P Labuan. Sekarang, Aku di Wilayah Utara dan Zam di Wilayah Tengah.... La ni dah kawin & dah jadi bapa. Aku nikah pada 16 Ogos 2007 dengan Siti Haslinda Bt Mohamad.... ore Rantau Panjang weh!!!!... orang Kelantan darah keturunan Siam....tomoi, tomyam, somtam aku dah teror huhuhuhuhuhu.... nak masuk thai jom!!!!!!!!...

Pada 2 April 2009 anak sulung aku MY HERO, Ilman Hafiy selamat dilahirkan di Hospital P.Pinang 3 kg....

Buat geng2 kalau mai penang rogerle aku.Leh jupe pekena sup TORPEDO baik punya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! nasi kandar ayam piru!!!!!!!!!!!


apa2 hal roger aku!!!!!!bye..

**ni gambo Hero Botez, Ilman Hafiy... tengok tang mata, mmg konpom anak bote.. hahaha

27 May, 2009

PENGUMUMAN!!

Assalamualaikum...
kepada semua geng2 ddm98,

Sesiapa yang ada apa-apa cerita/informasi yang & ingin dikongsikan dengan pembaca ddm98.blogspot.com, boleh terus emailkan kepada email-email berikut:-

seh - mrabdshahid@yahoo.com
Ad - samauntung@yahoo.com
zamani - mozamora03@yahoo.com

sekian.

---
zamani

25 May, 2009

Siapa Yang Pernah Aku Jumpa...

Assalamualaikum...
sejak abis belajo kat UTM tu, mmg ramai yg dah lost contact. tp ade beberapa orang geng2 ddm nih yg aku jumpa selepas tu... aku mulakan dgn...

1) Bote'z (Shamsul Helmie)
sejak Ogos 2003 hingga 2006, rasanya hari2 aku jumpa mamat nih. yolah.. 1 jabatan ngan aku. serumah lagi tu, so semuanya dalam poket aku. dari dulu sampai sekarang, tak berubah perangai... ehehe... tp semenjak dah jadik bapak nih, rasa dah sihat kut...

2) Irfan
kalo tak salah aku, last jumpa mat fan masa kat shah alam, rasa taun 2005 kut. mat fan still maintain, perunding insuran. so sapa2 belum beli insuran, bleh kontek mat fan. harga boley runding katanya...

3) Coi
last aku jumpa kat sandakan. siap belanja aku makan bariani gam lagi. anak dah 2. rasa kagum gak aku tgk bila anak buah dia tabik spring kat airport sandakan kat tgh2 org ramai...
coi ni bleh katakan tiap2 taun bleh jumpa, org rumah dia org depan umah aku, kawan aku main pondok2 dolu2... ekekekeke....

4) Salimi
Jumpa time kapal dia masuk labuan. tak ingat taun bila... rasa 2005/2006. still maintain mcm dulu. tp standart la navy... aku mmg anti navy dari dulu.... wakakakaka....

5) Rostafar
Pun jumpa kat labuan. masa tu kapal dia kene usir keluar dr port... so Navy pi antor la Tapa ngan awek navy sorang tu pi discuss ngan Mardep. naib la dia anto Tapa... so settle terus...

6) Ad
aku jumpa kat KL Sentral ngan sorang awek tu... malu2 cipan je aku tgk mamat nih... ehehe...
tak ingat la taun bila... bila ye Ad??

7) Port-C
Aku jumpa time kat Kota Bahru taun 2007. siap bwk aku ronda2 KB. nasib tak bwk pi Tak Bai... ekekeke...

8) Zullathfi
last jumpa time aku nikah kat Kota Tinggi, taun 2005...

9) Helmie (Mie P*)
jumpa kat Labuan, mase dia jaga projek kat sabah sipyard... rasa dlm taun 2004 kut.

10) Haadi
jumpa bulan 3 ari tu kat pasar malam PD. still maintain.. tp nmpk mcm dah tak ligat mcm dulu... nasib dia tak terajang kreta aku... hahaha... dia kojo kat LHDN Muar. sapa2 ade masalah income tax tu, bleh roger dia..

11) Johar
aku jumpa kat Labuan gak. time tu dia ade projek kat Air Force Labuan. still maintain mcm dulu. cakap seketul-seketul... dgr2 dia dapat baby kembar...

12) Botak (Mustafa Afifi)
aku jumpa kat KL, tak ingat taun bila, still macho mcm dulu.

13) Cikgu Mamang
Haha.. yg ni bleh kata selalu jumpa. Cikgu Mamang ngajar kat daerah aku. rumah dia kat sebelah kg aku. kawan2 dia, cikgu2 aku masa aku sekolah menengah dulu...
masih mcm dulu... dgr2 jadik cikgu disiplin kat sekolah dia... hahaha...

rasanya tu je kut.. nnti yang lain2 aku update balik....
yang lain2 tu, bila la dapat jumpa. kalo korang turun PD, roger2 la aku...

__
zamani

23 May, 2009

Haadi Papa Mithali

Salam Bro...
ni nak mintak tolong ko update kan blog ddm tu ngan kisah aku lak..
aku bab blog2 ni agak tak sioman sikit...
hu hu hu..
KISAH AKU...
Ni nak share ngan korang pic aku mase weding aku dulu...
n pic hero aku yang utama..
yang kedua coming soon bulan 8 ni...





Kisah Udang, Mat Bangla, Peluh & Belacan

Kiriman SALIMI :

Salam ad.. sihat ker?
Aku dh seminggu lebih demam.. Tp kompom bukan Influenza A laa..
Tlg up load kt blog kita.. aku x reti nak buat sume tu.. hehehee..

Zamani ada kirim udang kering kt choi.. jd aku nak share la sket pasal udang kering nih.. A few weeks ago masa balik dr penang, aku singgah la kt kuala sepetang.. kononnya nak tgk tempat persinggahan burung2 migrasi.. tp hampes, seko burung pun takde. Usahkan burung, taik pun tak nampak...

Sambil2 tu aku tinjau2 la pemandangan sekeliling... Jeng2 jeng2.. kelihatan sesuatu suasana yg yg tak pernah ku lihat.. OOooo... rupa2nya mat bangla, indon pun ada bertauke kan cina sedang jemur udang... Dia org tgh rancak bekerja dgn baju yg tah kemana, siap berjalan dgn berkaki ayam kt atas udah yg tgh jemur tu.. Tuuu takpe lg... yg bestnya peluh dia org menitik2 kt atas udang... Itu peluh badan bang.. Peluh ketiak yg x berbaju? Peluh adik botak yg keluar ikut celah seluar pendek? haaaa.. kemanakah semua itu pergi?..

Tp zamani masih boleh mkn udang choi tu.. sbb bila aku tanya kt mat indoh yg tgh kerja tu, udang dia org utk buat belacan jerr... Apakah brand belacan itu? Aku lupa nak tanya..




16 May, 2009

Selamat Hari Guru...

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

14 May, 2009

Kisah Salimi 2




Kepada kengkawan yang tak pernah tgk periuk api.. ni ada sebijik aku nak tunjuk kt korang. Periuk api ni rasa aku Tapa sendiri pun tak pernah tgk lagi ni... Tp yg ni exercise mine, kalau yg real punya pun sama jugak cuma yg real kaler hijau & mengandungi war charge.
Yg hensem tu gambo aku.. fresh lg ni.. br tangkap jer...
Dr semlm aku kt laut main2 dgn benda ni, persediaan sekiranya Malaysia tercinta diserang musuh..
Mungkin korang kt darat tak tau betapa Malaysia menjadi pujaan & impian untuk dimiliki oleh negara2 kuasa besar.. Sekarang ni musim kapal perang jepun menunjukkan kehadiran di selat melaka. Untuk pengetahuan korang jugak jepun telah menukar dasar drpd defensive force dengan menghantar navy dia org keseluruh pelosok dunia.. dia dh langgar perjanjian damai world war II..

sekian.....SALIMI

Nostalgia DDM98

mamat ni yg korang dok ngumpat tuh... mana la dia sekarang...
ni kene bukak slot khas utk mat nor. banyak cerita pasal dia nih.. ehehehe

Ritual kat balai cerap...


Ops 'JPA' - gila punye keje 24 jam pi balik skudai-KL, bulan pose plak tu..


ni ritual bbq ayam coi


haha... sapa yg tengah rukok tu??


The STIM
botez, gambar2 ni suma koleksi hang, aku jumpa cd ni mase aku nak pindah ke sini ari tu. so, kira milik aku la sekarang.... hehehe...
fez, tq la kasi copy gambar2 ni semua. termasuk gambar2 'BIOLOGY'.. muahahaha..






memori KSDS

ni sajer jer nak ingatkan kembali apa yg korang mgkn lupa

sila tambah2 yer

MAMANG-
gaduh dgn ngadiso masa final anugerah juara lagu 1998..(kalau x silap)

TAPA-
jam ayam loceng yang bingit, isu hangat oleh ngadiso

ALONG/BOTEZ-
digertak saman kotak rokok juta2 henget

FUAD-
hilang beg duit, kene lempang dgn hantu

ZAKI-
pencemaran bunyi dgn teknologi permotoran
wat workshop kat dlm bilik

SEH-
eh..ko duk ksds ker seh???xpernah nampak pownn..

SALLEH-
berkayak dgn ngadiso (setelah fuad diperli beridentitikan DDM oleh ngadiso)

MAD NOOR-
apsal ek dia dpt blok lain?kita semua searas blog hantu kan??

WONG ING SIONG-
pi tandas pun bawak buku dinamik

HAFEEZ
semua ada dlm bilik dia..order sajer

POK JO
pencuri tetikus berat tuk wat drawing atas alas katil

MATPEK/MATSAN/NIJE/HADI
hari2 main kuda..main kuda hari hari..balik2 bawak set CD kartun jepun hasil rejeki brkuda

JOHAR
ajar aku petik gitar lagu chu ra le ya ..aku ingat lagi sampai la ni

YON
hari2 melukis katun blues

USOP
selalu ilang berus kasut..

HAMIZAN
jalan kaki cam jogging..punyalaa laju..tp sampai kelas tetapo antara terakhir

PAE/AWANG
melekat 24 jam..dgn loghat utara yg pekat kaw2

HAIZAL
maintan cool 366 setahun

BAL OTAI
aku x ingat dia bilik mana..kejap bilik zul,kejap bilik choi, kejap aku jupa dia kat bilik botak,kejap bilik along..

ZUL/JOHAR
bilik open 24 jam..tp tuan bilik selalu xder

POK WA
beli motor cam beli gula2..rini kata nak beli..esok dah ada..

POKH JOHN PENANG
tukang selesai soalan2 maut kalkulus..pastu jawapan agih2..